Monday, May 12, 2008

Sempulna

Selepas beberapa lama tidak menulis, rasanya tidak tahu apa yang patut diberitakan disini. Memandangkan tajuk yang diberi adalah Sempulna, maka adalah berpatutan bercerita mengenai 'Sempulna'. 'Sempulna' sebenarnya adalah panggilan yang aku jadikan gurauan sahaja bila menyebut Pekan Semporna ini. Sebetulnya ialah Semporna, bukannya Sempulna. Cuma, bila penduduk berbangsa suluk menyebut Semporna, mereka tidak menyebut r dengan betul, maka jadilah Semporna berbunyi Sempulna, telur menjadi tulul dan kacang menjadi kassang. Inilah keindahan bangsa dan bahasa.
Setelah hampir sebulan setengah berada di sini, masih lagi terasa asing dan kurang serasi dengan tempat ini. Namun , Alhamdulillah, adanya rakan sekerja yang senasib meringankan lagi ketidakselesaan yang dialami. Hati terasa ingin berpindah, namun memikirkan yang itu tindakan seorang yang bersifat lemah, maka kerana tidak mahu jadi lemah, diteruskan juga.

No comments: